Archive for November, 2008


Lakukan rawatan Spa di rumah…Lebih ekonomi

Adakah anda rasa penat & tidak bertenaga?

Lakukan Spa dirumah, lebih jimat, tak perlu ke salon untuk menjadi cantik, cuba cara di bawah. Selamat mencuba…

 

Pengelupasan Scrub Kulit

Serbuk Garam Kristal RM 6

Mula -mula mandi air suam untuk membuka liang roma atau pori . Melalui campuran serbuk Garam Kristal dengan minyak terapi ( minyak zaiton atau sebarang minyak asli yang anda sukai ) amat sesuai untuk menyahtoksid . Anda akan alami kesan yang memuaskan seperti hari yang lepas-lepas. Pada masa yang sama , tenaga anda akan ditingkatkan melalui kandungan mineral yang ada dalam garam campuran minyak . Rawatan ini juga dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan anda .

Cara membuatnya :

Masukan, 3.5 sudu garam kristal asli bersama 1 sudu . minyak kekacang macadamia dan sesuku sudu minyak lavender yang 100% asli . Kacau campuran ini sehingga halus dan sebati . Baring atas sehelai tuala dan sapu seluruh badan anda dengan campuran ini .Untuk lebih mudah dan selesa biarkan orang lain yang melakukannya .

Balut diri anda dalam tuala ini dan balut sekali lagi dengan selimut seluruhnya. Biarkan selama setengah jam. Anda akan alami kehangatan menjalari segenap diri anda , ini menunjukkan sel badan mulai bertindak. Mandi dalam air suam dan lap badan anda dengan perlahan. Jangan di gosok hingga kering . Kesan minyak yang masih ada akan melembut dan menyerikan lagi kulit anda .

                             

      

 

Rawatan Alergy

Dengan menggunakan Salt Soap RM5

Sapu seluruh bahagian yang terkena alergy dengan minyak terapi ( zaiton ) atau apa -apa minyak kesukaan anda. Gosok sabun dan biarkan selama 15 - 20 minit . Basuh dengan air dan lap .

Minyak dan sabun dapat meredakan alergy yang dirasai oleh anda. Disamping itu kulit anda ,menjadi halus dan pada masa yang sama sisa toksin dikeluarkan dari badan anda dan aliran darah lebih lancar dari biasa .

 

 

Mandian De-TOX

 

Dengan Menggunakan Foot Salt RM 6

Atau

Dengan Menngunakan Salt Soap RM 5

 

Mandian ini juga mempunyai kesan yang sama dengan perawatan pengupasan kulit. Selain itu ia berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada badan , menyahtoksid , melancarkan perjalanan darah , menghilangkan sakit-sakit sendi dan melegakan keletihan yang di alami oleh badan akibat kehilangan tenaga sebelumnya.

 

Cara membuatnya : (Menngunakan Salt Soap)

Sebelum anda melakukan rawatan ini. Sapukan seluruh anggota badan anda dengan minyak zaiton atau sebarang minyak kesukaan anda . Selepas itu gosok badan anda dengan sabun kristal garam . Minyak ini untuk mengganti air .

 

Nota: sabun garam ini strukturnya kasar dan tidak licin . Biarkan selama 15-20 minit untuk memastikan segala khasiat garam dan miyak meresapi kulit . Setelah itu bilas dengan air . Untuk dapatkan khasiat berterusan jangan campur bahan kimia selepas mandi. Sabun garam kristal ini amat baik untuk menghilangkan bau badan dan ketiak yang bermasalah . Gunakanlah tanpa was-was.

 

Selepas menggunakan sabun tu . Ambil sedikit minyak zaitun lumur pada sabun kesat daki atau kotoran yang ada pada sabun . Basuh sedikit pada air. jangan terendam dalam air sebab sabun ni mudah cair kalau terendam terlalu lama. Simpan di dalam bekas yang bersih. Jangan letak ditempat yang lembap . Kalau perlu jemur diterik matahari untuk meningkatkan khasiatnya . Kalau ada lampu garam letak dekat lampu garam dan biar ia kering sendiri.

 

Cara membuatnya :(Menggunakan Foot Salt)

Campur 2 genggam garam kristal dalam tab mandian dengan air secukupnya untuk melarutkan garam lebih kurang 1 jam . Setelah garam larut isi air panas mengikut suhu badan.

 

Perhatian : Jangan guna sebarang campuran kimia dalam mandian ini .

 

 Berendam dalam tab selama 15 hingga 20 minit . Anda akan alami perasaan seperti berada dalam perut ibu semasa berendam dalam air garam ini . Selepas mandi jangan terus pakai tuala atau lap badan . Biarkan ia kering sendiri.